Monday, November 30, 2009

glory-glory manchester united


Salam…

Idea terbaru untuk blog aku ni supaya terus hidup xdimamah usia dan sarang labah2 sbb jarang sgt update.actually bukan sebab pe,cumanya mmg diri ini tidak berminat sgt nk bercerita tentang diri sendiri dlm blog or sape2 menyebabkan ‘emperial march’ ni mmg sgt jarang update..waktu cuti skang ni membolehkan otak ni mengembangkan pemikiran kreatif nya untuk memberi idea baru supaya blog ni sentiasa la update..isu nya adalah analisis bola..terutama melibatkan pasukan yg ku support seumur hidup-MANCHESTER UNITED FC..dan beberapa game penting yg sentiasa mendapat highlight besar dlm sukan bola sepak ni..

So,sebagai permulaan untuk analisis ini adalah game MUFC vs POMPEY..

game nye waktu m’sia lebih kurang kol 10mlm…melihat kepada 1st eleven yg diturunkan FERGIE seolah2 menggambarkan game kali ni memang sgt penting..dengan meletakkan WAYNE ROONEY as a lone striker,5midfiled dengan SCHOLES,GIGGSY dan VALENCIA as a back-up attacker memperlihatkan permainan serangan UNITED..VALENCIA seperti biasa sebagai umpan dalam menkucar-kacirkan pertahanan POMPEY,GIGGSY dengan killing pass dan SCHOLES lebih kepada merencanakan pergerakan permainan..

FLETCHER dan CARRICK terus dengan peranan bertahan sebagai DM..di bahagian pertahanan,VIDIC sekali lagi bersama BROWN memandangkan FERDINAND terus dibelenggu kecederaan panjang,left back masih didominasi oleh EVRA lebih dari 3musim masih tiada siapa dapat menggugat posisi ini dari nya,dan NEVILLE di bahagian kanan..KUSCZAK menggantikan VAN DER SAR sebagai keeper,penganalisis melihat ini sebagai percubaan FERGIE dalam menguji KUSCZAK memandangkan harapan tinggi kepada FOSTER selama ini sentiasa gagal terutamanya pada awal musim ketika VAN DER SAR mengalamni masalah patah jari..

VAN DER SAR hanya mempunyai baki kontrak sehingga tahun ini sahaja lagi,dan FERGIE nampaknya tidak mahu memaksa VAN DER SAR untuk terus menyambung kontrak lagi kerana baginya terpulanglah kepada VAN DER SAR sama ada masih berminat untuk terus berkhidmat di OLD TRAFFORD atau mahu menggantung sarung tangan keeper nya..dan usaha FERGIE menurunkan KUSCZAK ini juga dapat meredakan spekulasi perpindahan kononnya MUFC berminat mendapatkan khidmat penjaga gol baru bagi menggantikan VAN DER SAR dan ketidak tentuan prestasi melibatkan 2penjaga gol MUFC yang lain..antara nama2 besar disebut2 ialah AKINFEEV dari CSKA MOSCOW dan SERGIO ASENJO yang dilihat sebagai potensi besar bagi pengganti IKER CASILLAS..

Game ini berakhir dengan kemenangan selesa MUFC 4-1 dengan ROONEY mencipta hatrik dan GIGGSY menerusi freekick.GIGGSY membuktikan bahawa dia masih mampu untuk terus beraksi di peringkat tertinggi bolasepak-hantarannya untuk ROONEY untuk gol ke-2 dan penalti diperoleh untuk gol ke3 UNITED membuktikan dan dialah lagenda sebenar OLD TRAFFORD yang menjadi contoh terbaik kepada pemain2 muda untuk mengikut jejak langkah nya..

Point analisis:

1.KUSCZAK dan FOSTER diharap dapat selalu diturunkan bermain bagi membina keyakinan mereka sebagi keeper..posisi ini memerlukan kecekapan dan pengalaman..kecekapan boleh digilap menerusi bakat dan training,manakala pengalaman menerusi dengan selalu bermain..

2.GIGGSY dan SCHOLES masih lagi ditagih khidmatnya oleh FERGIE..persoalannya sehingga bila kedua2 ni akan terus bermain,walaupun keupayaan mereka di atas padang tidak boleh diragui masih berkesan kepada pasukan,seharusnya FERGIE memberi lebih kepercayaan kepada NANI,TOSIC agar bakat yang ada tidak terus tumpul jika tidak selalu bermain.



.-.-.-.-.-.-.-.-.-.-.-.-.-.-.-.-.-.-.-.-.-.-.-.-.-.-.-.-.-.-.-.-.-.-.-.-.-.-.-.-.-.-.-.-.-.

0 comments:

Voltar Avançar Inicio
 
','top','0px','left','0px','123456','150','150','transparent','ffffff');