Tuesday, January 5, 2010

di mana kita bile suara kite diperlukan..?

da beberapa ari..isu berkenaan kalimah ALLAH yang hendak digunakan oleh penganut agama kristian terus2 dibincangkan oleh sume org kat malaysia ni..pemimpin2 politik,ulama2,NGO2 yg berkaitan ISLAM dan melayu terus membantah keputusan yang dikeluarkan oleh mahkamah tinggi baru2 ni..penulis menggariskan beberapa point yang perlu difahami agar kita lebih ambil tahu@faham tentang masalah yang boleh meggugat kedudukan agama suci kita ni...

1.Mahkamah Tinggi membenarkan permohonan oleh majalah beragama Kristian The Harold Katholik Weekly untuk menggunakan perkataan ALLAH menggantikan perkataan GOD yang mewakili maksud TUHAN yang sebelum ini biasa digunakan mereka.

2.Hakim yang memutuskan keputusan ini merupakan bukan melayu dan bukan ISLAM.jadi tidak peliklah bahawa keputusan ini memihak kepada bukan ISLAM disebabkan cetek pemahamannya terhadap sensitiviti orang ISLAM dan mengenai perbezaan maksud TUHAN antara dua agama ini iaitu ISLAM DAN KRISTIAN.

3.Kerajaan Malaysia melalui Kementerian Dalam Negeri telah memfailkan rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi ini untuk dibicarakan semula ke Mahkamah Rayuan.

Perlu difahami bahawa mengapa kita perlu sama-sama menbantah keputusan ini dan menyokong sepenuhnya tindakan kerajaan Malaysia untuk membuat rayuan ini.Ada yang berpendapat,biarlah dibenarkan agama lain menggunakan kalimah ALLAH ini pada agama mereka,yang penting pemahaman kita dan pemahaman mereka tentang konsep ketuhanan masih berbeza.Hal ini tidak boleh dibiarkan terus sebabnya boleh memudaratkan institusi agama Islam di negara kita dan secara tidak langsung membakar semangat sensitiviti perkauman dan agama dalam negara kita.Antara sebab yang perlu difahami ialah:

1.Pemahaman agama Kristian mengenai konsep ketuhanan berbeza dengan agama Islam.Dalam kitab Injil, Jesus (Isa) dan God adalah sama. Tidak ada kalimah Allah dalam kitab Injil dalam bahasa-bahasa yang disebut di atas.Tetapi dalam agama Kristian terdapat konsep "Trinity" yang mana terdapat "God the Father, God the Son and the Holy Ghost". Jika dalam bahasa Melayu terdapat dalam kitab Injil atau syarahan berkenaan "Allah sebagai Bapak, Allah sebagai Anak dan Roh yang Suci", maka tentulah ini akan ditentang oleh orang Islam. Dalam Islam Allah tidak ada bapak, tidak ada anak. Ia tidak dilahirkan dan Ia tidak melahirkan sesiapa. Allah hanya satu. Ia tidak boleh disekutu dengan sesiapa.Maknanya,apabila permohonan mereka ini melalui Mahkamah Tinggi diterima,secara tidak langsung mereka telah menyamakan tuhan mereka ini yang mempunyai beberapa sifat sama seperti manusia dengan ALLAH TUHAN YANG MAHA ESA yang kita sembah.Perkara ini boleh menyebabkan agama Islam kita seolah-olah disamakan dan boleh diperkotak-katikan oleh mereka.

2.Mengapakah baru sekarang mereka memohon penggunaan kalimah ALLAH ini sedangkan selama ini mereka menggunakan perkataan `GOD`,`JESUS`..??Sejak beberapa tahun ini kita sering mendengar berita-berita mengenai ramai remaja Islam yang dimurtadkan sekumpulan pendakwah Kristian.Kes-kes terjadi di Kuala Lumpur,Johor Bahru menyebabkan kadang kala kita tersentak dengan cubaan jahat mereka ini untuk memalingkan akidah umat Islam.Apa kaitan nya dengan permohonan mereka di Mahkamah Tinggi ini?Melalui permohonan ini,kalimah ALLAH dapat memudahkan mereka menjalankan aktiviti dakwah mereka terhadap orang Islam di Malaysia ini.Ini kerana konsep ketuhanan yang terdapat dalam ajaran Kristian sukar difahami oleh sesetengah pihak.Maka apabila kalimah ALLAH ini digunakan mereka mampu memberi pemahaman bahawa tuhan yang disembah mereka adalah seolah-olah sama dengan ALLAH YANG MAHA ESA sedangkan pemahaman mereka mengenai tuhan sama sekali berbeza seperti mana umat Islam memahami ALLAH.

3.Pandangan beberapa ulama turut diambil kira mengenai maslahah ini.Contohnya,Tuan Guru Dato' Nik Aziz menjelaskan bahawa kalimah ALLAH ini boleh digunakan oleh penganut agama samawi iaitu termasuk lah agama Kristian.Akan tetapi agama Kristian yang pada asalnya diturunkan kitab Injil kepada umat Nabi Isa ini telah diubahsuai sebagaimana yang kita maklum mengenai kitab "The New Testament".Maka agama Kristian yang sebenar nya sudah tidak lagi wujud di dunia ALLAH ini memandangkan mereka sudah tidak lagi berpegang pada ajaran kitab Injil yang diajar oleh Nabi Isa a.s.Maka Dato Nik Abdul Aziz menjelaskan bahawa penggunaan kalimah ALLAH ini harus ditentang kerana dikhuatiri nanti membawa masalah sekiranya penyalahgunaan kalimah ini boleh membawa kemudaratan kepada kemaslahatan bangsa dan agama.

Persoalannya disini sekarang,apakah peranan kita selaku umat Muhammad akhir zaman ini dalam menangani masalah yang timbul berkaitan agama suci kita ini.Adakah kita hanya melihat apabila hak dan kesucian agama kita dipermain-mainkan.Kalau kita mampu mengadap laptop@komputer berjam2 sehari untuk chatting,facebook,games,kenapa tidak melalui saluran internet ini juga kita menyatakan bantahan sekeras-kerasnya terhadap keputusan Mahkamah Tinggi baru-baru ini.Sudahlah kita tidak mampu keluar berdakwah menyebarkan syiar Islam,adakah dengan cara ini juga kita masih lagi memberi alasan.
Fikir-fikirkan...
.-.-.-.-.-.-.-.-.-.-.-.-.-.-.-.-.-.-.-.-.-.-.-.-.-.-.-.-.-.-.-.-.-.-.-.-.-.-.-.-.-.-.-.-.-.

0 comments:

Voltar Avançar Inicio
 
','top','0px','left','0px','123456','150','150','transparent','ffffff');