Umum mengetahui kebaikan aktiviti riadah, pengambilan makanan secara waras dan tidur yang mencukupi terhadap tahap kesihatan dan melanjutkan usia seseorang individu.Ia juga boleh ditingkatkan lagi sekiranya seseorang itu berhenti merokok dan juga, menurut kajian, mengamalkan poligami!Ia berdasarkan kajian Dr Virpi Lummaa, pengkaji ekologi di Universiti Sheffield, United Kingdom yang membentangkan dapatannya itu di mesyuarat tahunan International Society for Behavioral Ecology di Ithaca, New York.Kajian itu, menurut Lumma, menunjukkan lelaki yang berkahwin lebih daripada seorang didapati hidup lebih lama berbanding lelaki yang tidak mengamalkan poligami.Dapatan itu berdasarkan kajian ke atas sekumpulan lelaki berusia lebih 60 tahun di 140 buah negara yang mengamalkan (atau membenarkan poligami), yang hidup lebih lama -- sehingga 12% -- berbanding satu kumpulan lain lelaki daripada 49 negara yang umumnya mengamalkan monogami.
*em..nothing 2 say...
Saturday, January 23, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)





0 comments:
Post a Comment