Thursday, May 6, 2010

FIKIR DULU SEBELUM MARAH...

1.baru2 ni sibuk kat fb de grup yg timbulkan isu kekejaman polis terhadap seorang kanak2 berumur 15 tahun yang ditembak mati anggota polis.berdasarkan kes,sebenarnya kanak2 ini yang bernama aminurrasyid ditembak oleh anggota polis disebabkan arwah yang cuba untuk melanggar sekatan jalan raya polis pada waktu malam kira2 pukul 3pagi.
2.bayangkan lah seorang remaja berusia 15tahun sudah mampu keluar malam memandu kereta tanpa pengetahuan oleh keluarga mereka sendiri.sebagai polis,mereka telah melepaskan tembakan kerana ingin mempertahankan diri daripada dilanggar oleh mangsa.
3.apa yang dikesalkan,kes ini seolah2 diletakkan kesalahannya 100% di bahu PDRM,tanpa kita meneliti tanggungjawab ibu bapa dan keluarga yang lalai dalam memerhatikan kelakuan dan ke mana anak2 mereka pergi dan bergaul.
4.selain itu,sikap segelinitir mereka yang menggunakan isu ini untuk meraih populariti sebagai hero rakyat kononnya ingin membela nasib mereka yang dianiaya.
5.pihak berkuasa telah menubuhkan satu panel khas yang dianggotai mereka yang arif dalam bidang ini untuk meneliti dan mengkaji kes ini dengan adil dan bebas.
6.sebagai manusia yang punya akal dan pertimbangan,seeloknya kita meneliti dari semua aspek sebelum kita menyampaikan pandangan dan kritikan agar segala pandangan kita itu tidak menjadi fitnah yang berleluasa.janganlah kita menghukum sesuatu tanpa usul periksa,biarlah pihak yang dipertanggungjawabkan untuk menyisat kes ini dahulu,sebelum kita yang tidak tahu hujung pangkal kes ini meletakkan hukuman.
.-.-.-.-.-.-.-.-.-.-.-.-.-.-.-.-.-.-.-.-.-.-.-.-.-.-.-.-.-.-.-.-.-.-.-.-.-.-.-.-.-.-.-.-.-.

0 comments:

Voltar Avançar Inicio
 
','top','0px','left','0px','123456','150','150','transparent','ffffff');