Wednesday, July 8, 2009

PPSMI dimansuh...

  1. hari ini kerajaan telah mengambil langkah yang agak terkebelakang dengan memansuhkan PPSMI.
  2. adakah kerana terpaksa akibat tekanan segelintir mereka yang mahu PPSMI ini dimansuhkan atas kepentingan politik ataupun kajian telah dilaksanakan bahawa PPSMI ini tidak sesuai untuk pendidikan negara?
  3. sedih,kecewa,marah,hampa...nasib pendidikan anak bangsa kita sekali lagi diperjudikan oleh mereka yang memanipulasikan isu ini untuk kepentingan politik yang semakin sempit dan tidak matang.jika anda ada adik2 yang masih bersekolah,yang masih mengikuti dasar PPSMI ini pasti kasihan melihat mereka terpaksa betukar2 method pembelajaran hanya kerana kita takut berdepan cabaran globalisasi dunia.kenapa pandangan pelajar2 itu sendiri tidak didengar dalam kajian terhadap dasar pembelajaran ini.
  4. sekali lagi kita diperbodohkan oleh mereka yang kononnya ingin menjadi hero bangsa-mendaulatkan bahasa kebangsaan tanpa kita sendiri sedari ini semua ada kepentingan.konsep nya mudah,kalau kita sudah pandai kenapa kita tidak mahu generasi kita turut pandai?adakah dengan belajar sains dan matematik dalam bahasa inggeris kita terus lupa bahasa kebangsaan?
  5. sekali lagi kita terikut2 dengan dakyah sempit golongan yang hanya mahu usaha secara mudah untuk dapat hidup yang mudah.tidak ada jalan mudah untuk berjaya.sudahlah bangsa semakin lemah,ada usaha nak majukan bangsa sendiri pun masih lagi dibantah.
  6. cukuplah..cukuplah..jangan didengar ugutan/hasutan mereka yang ingin memartabatkan bangsa dengan cara berdemonstrasi di jalanan.martabat negara bukan terletak ditempat sebegitu untuk dibincangkan.
p/s:kasihan nasib adik yang masih bersekolah...
.-.-.-.-.-.-.-.-.-.-.-.-.-.-.-.-.-.-.-.-.-.-.-.-.-.-.-.-.-.-.-.-.-.-.-.-.-.-.-.-.-.-.-.-.-.

4 comments:

Dyat said...

Salam Dafi.
Maaf aku kurang setuju.

Aku tak rasa mereka pejuang PPSMI ni bodoh- Ungku Aziz, A.Samad Said cukup sekadar nama. Dan yang membawa isu ini - Mahathir juga tak bodoh.

Mereka ini pemikir.
Sama-sama inginkan bangsannya maju.
Semua ada hujah masing-masing.

Agree to disagree.

gadafi said...

thanx 4 ur comment...
cumanya rini dgn cara cmni kite dapat bersaing ngan bangsa asing utk kejar teknologi...
lihat diri kita sendiri.nk wat presentation dlm english pon stil merangkak..
patutnya peluang cmni kite amek sbg cabaran utk kebaikan..bukan lari dari cabaran..
bangsa kita memang terlalu manja..

Dyat said...

Betul kena bersaing, kena kejar teknologi. Tapi buat apa kita kejar lalu yang dikendong keciciran.

Dengan jadikan bahasa Inggeris sebagai bahasa ilmu- dan meninggalkan terus tugas membangunkan kamus saintifik sendiri juga boleh dilihat sebagai memanjakan diri dan lari dari cabaran.

Nantilah dafi kita lepak-lepak minum baru puas sembang... haha...

Syafarah said...

salam..

hahaa..nk komen leh?

there r pros n cons (ops, dlm bi lak) in everything.

kalau kita tak faham apa yang dipelajari, di manakah letaknya nilaian ilmu tu? banyak Profs, Drs etc yang dilahirkan di malaysia dengan pengajaran dan pembelajaran dalam bahasa malaysia. tu baru malaysia, belum kira jepun, korean, german, mesir, jews etc. ilmu Allah tu luas, tak terbatas dalam bi sahaja.

ok la, nak kata bi ada byk vocab or bm ambil banyak vocab daripada bi. cb kita teliti semula bm, asalnye ade 5 perkataan shj (api, padi, babi lg 2 tak igt). kalau bi lak, biology? tu pinjamn greek. phytoremediation? pun greek gk. kalau kite ambil semua dan tggl bi pure je, sama ja la dgn bm, kn?

so, apa-apa bahasa ja, bila mentaliti kelas ke3, habuk pun tak dapat. maka, lebih baik kita faham ilmu drpd bljr bagai nak rak, tp tarak faham.

ape yg penting? (tiada kaitan wonderpets). niat belajar tu seniri. btol x?

mm, tu sekadar pndpt..xda sapa salah or btul. p la sembang dgn dyat, exchange ideas..

Voltar Avançar Inicio
 
','top','0px','left','0px','123456','150','150','transparent','ffffff');