Monday, April 13, 2009

MANA NAK CARI MELAYU???

Bismillahirrahmanir rahim...

Subject: Di mana boleh cari ramai Melayu?
Di mana boleh cari ramai Melayu
Pastinya di Kelantan dan Terengganu
Dan juga di pasar malam dan pasar minggu
Di Akademi Fantasia dan Pesta Lagu
Di Jom Heboh orang Melayu berpusu-pusu
Di Sungai Buloh, pusat pemulihan, dulu di Pudu
Dan di jalan, lumba haram, rempit tak berlampu
Dan di selekoh duit rasuah depa pun sapu
Di pusat serenti akibat ketagih dadah dan chandu
Di malam kemerdekaan dan malam tahun baru
Terkinja-kinja best giler menari macam hantu



Apa hobi orang Melayu
Terkenal dengan budaya malas dan lesu
Berlepak buang masa tak jemu-jemu
Atau baca majalah Mastika, Metro pasal cerita hantu
Tengok telenovela dari Filipina dan Peru
Berpusu-pusu pergi tengok pamiran hantu
Sambil makan junk food, kuaci dan muruku
Sibuk bercerita tentang Datuk K dapat bini baru
Apa pakaian Siti nak pakai itu yang nak tahu
Mana tak gendut berpenyakit selalu
Kalau nak berlagak melayu masih nombor satu
Asal bergaya sanggup makan nasi dan toyu

Boleh tak jumpa mereka di kedai buku
Atau di perpustakaan dan majlis ilmu
Atau ambil kelas kemahiran di hujung minggu
Ada tapi kurang sangat mereka di situ
Kenapa melayu jadi begitu
Nak salahkan siapa ibubapa atau guru
Pemimpin negara atau raja dulu-dulu
Ayat lazim di mulut ialah Melayu malas selalu
Nak harap Kerajaan saja membantu
Terutama sekali kontraktor kelas satu
Tak habis-habis gaduh nak jatuh siapa dulu
pasal jambatan senget atau siapa dia penghulu
Dan suka sangat dengan budaya ampu mengampu

Sampai bila kita nak tunggu
Bangsa Melayu jadi bangsa yang maju
Boleh! dengan beberapa syarat tertentu
Pertama dengan banyak menguasai ilmu
.-.-.-.-.-.-.-.-.-.-.-.-.-.-.-.-.-.-.-.-.-.-.-.-.-.-.-.-.-.-.-.-.-.-.-.-.-.-.-.-.-.-.-.-.-.

3 comments:

tetsuko87 said...

original text from encik gadafi ke??
bagus!bagus!..teruskan usaha!!

Sharing is caring. said...

salam..

bangsa xpenting. kite betulkn sket kata-kata hang tuah (wujud ke tak. tu pun tatau. melayu ke cina, pom jd topik perbahasan. xde bende laen nk bahas? contoh: cane nk naekkan sistem khalifah ke, cane nak kuatkn dai'e spy dakwah berjln ke, cane nk tegakkan islam ke, cane nk bg nilai emas kembali kuasai ekonomi ke etc. ni tak, ckp pasal hg bertuah ke tak tuah ke. adey laa melayu):

TAKKAN ISLAM ILANG DI DONIA..

perjuangan menegakkan BANGSA semata2 hingga membangkitkan korupsi mesti dihentikan.. kan? kan??

lee_past NTgegat said...

di mana leh cari melayu...?
kt pwtc tyme umno meeting la...
bro dont worry la melayu xkn ilang di dunie..
even melayu tu, dress up mcm mat saleh pon, org ttp akn kate itu mamat melayu gak...
yg kite ptt risau islam itu...
yg umno hanye taw... melayu3x....
jgn risau kt kubur malaikat x tnye hg tu bangse ape, tp konfrim akn tnye hg agame ape...
hentiknkn perjuangan bangsa yg kuno itu, last2 memakan bangse sndri, akhir kata dr sy, islam 4 all...

keretapi merah dkt pekan,
kalo slh tlong btulkn,

Voltar Avançar Inicio
 
','top','0px','left','0px','123456','150','150','transparent','ffffff');