Friday, February 27, 2009

NAK KAWEN???-part 2-


Untuk mereka yang bakal-bakal. ..yang dah lepas tu,mungkin nak tahu jugak sebab musababnyer. ..Zaman sekarang ni kan; hantaran makin naik harga.Maklumlah; kata dorang ikut market price. Kalau harga mas naik;naik lagi harga bakal2 bini. Tak ikut market price nanti orang kata kedekut lah; sengkek lah; tak mampu jangan ada hati nak kahwin lah; hai...macam- macam story lagi.Biasanya yang letak harga mak sebelah pompuan. Bapak selalu ikutkan aje;ni semua kerja orang pompuan. Kadang2 ada jugak pompan sendiri yang letak harga; lepas tu pakat dengan mak. Mengikut survey; sekarang paling minimum $6000.Hantaran $5000; $4000 masih ada jugak; tapi dah boleh kira pakai jari tangan je. Yang ada hantaran kira okaylah; tapi ada serba satunya lagi. Cuma serba-serbi dan serba boleh je belum ada lagi.



Kat sini aku ada beberapa sebab kenapa sekarang hantaran makin mahal. Hah... korang bacalah :- Sebab



1. Anak pompuan sorang.

2. Anak pompuan sekolah tinggi 20 tingkat.

3. Anak pompuan paling jambu dalam family.

4. Anak pompuan kerja high post.

5. Anak pompuan biasa pakai barang branded.

6. Anak pompuan yang tastenya ... berkajang-kajang kalau disenaraikan.

7. Kakak belum kahwin; jadi kena kasi double untuk belanja kakaknya
sekaligus.

8. Anak pompuan yang rasa dirinya ... . lengkap segala-gala.

9. Bapak pompuan towkay kayu balak; mak pulak bekas eksekutif.

10. Anak pompan tu pun jenis ek ... semacam jer.



Selalunya jawapan yang diberi oleh pihak lelaki kalau hantaran melampau sangat (ni dorang bebual antara family lelaki je ):-



1. "Eh! Nak meniaga anak ke pe?" Kadang tu mak bapak ok jer sianak lak lebih-lebih.


2. "Kalau pandai masak ke jahit ke; satu hal jugak. Ni asik pandai mekap je."


3. "Camni bilang dorang simpan anak tu dalam store buat perhiasan."


4. "Kalau lawa macam Karishma Kapoor tu takpe jugak. Ni idung pesek cam kena lenyek je".


5. "Apa dorang ingat kita sedara Bill Gates ke?"


6. "Lupakan sudah budak pompan tu. Nanti mak carik kan yang lebih power dari Catherine Zeta-Jones.

Kata2 dari sebelah pompan yang lelaki ingin sangat nak dengar :-

1. "Ikut suka hatilah. Berapa yang lelaki kasi; kita ambik je. Member
tak cerewet."

2. "Takpelah. Kalau tak boleh adakan sekarang; kahwin dulu. Lepas tu
bayar pelan-pelan cara instalment."

3. "Jangan bimbang. Korang cuma adakan hantaran je. Duit majlis semua
kita sponsor."

4. "Pasal sekarang ni musim great sale sana sini; jadikita ada staff discount. Korang cuma kasi 10% je."

5. "Berapa korang nak kasi, kasilah. Nak ambik free pun takpe. Anak
pompan kita ramai lagi."

6. "Apakata kalau korang ambik kakaknya sekali. Tapi hantaran tetap
sama. Kira 2 for the price of 1 ler. Risaulah kakaknya tak kahwin-kahwin. "


Kalau kena pulak family lelaki yang loaded makan tak abis punya;jawapannya:

1. "Okay setuju. Kita up lagi $10,000. Nothing much ler."

2. "Ehh sikit nah! Camni tak nak lah. Tak sama standard dengan kita
punya expectation ler."

3. "Ni hantaran kira Rupiah ke Sing dollars? Kita cuma simpan American
dollars je."

4. "Kita tak kasi pakai cash ler. Korang pilih nak AMEX ke; Diners ke;
boleh kata semua credit card kita ada lah."

5. "Sebagai hadiah upacara masuk minang ni;kita ada siapkan kereta
Lambhorgini. Tu anak bujang kita tengah parking kat bawah tu."

6. "Ni korang mintak hantaran ke; mintak duit nak belikan dia baju tidur. Murah nah?"




Haa..tu lah beberapa kerenah orang melayu kita ni.Jadi untuk pasangan2 yang nak kawin tu; bincang betul2 antara korang dengan family dalam hal ni.Mak pompuan tu pun kalau nak letak harga; berrpatutanlah dengan kemampuan pihak lelaki. Kalau tak berdengek lelaki tu nak adakan hantaran mahal2.Hati dah suka punya pasal;semua boleh aje. Cukup time badan cengkung-cengkung tak larat nak naik pelamin pasal kerja tiga empat macam untuk kumpul duit.


Wednesday, February 25, 2009

lagu minggu ini

Cinta Tak Bersyarat - Element

tak ada sedikitpun sesalku
tak bertahan dengan setiaku
walau di akhir jalan
ku harus melepaskan dirimu, ooo

ternyata tak mampu kau melupa
dalamnya cintaku yg hebat
hingga ada alasan bagimu
tuk tinggalkan setiamu, ooo

demi nama cinta
telah kupersembahkan hatiku hanya untukmu
tlah kujaga kejujuran dalam setiap nafasku

karna demi cinta
telah kurelakan kecewaku atas ingkarmu
sebab kumengerti cinta itu tak mesti memiliki

andai saja bisa kau pahami
layaknya arti kasih sejati
karna cinta yg sungguh
tiada akan pernah mungkin bersyarat, oooo


ternyata tak mampu kau melupa

dalamnya cintaku yg hebat

Tuesday, February 24, 2009

NAK KAWEN???-part 1-


Nak Kawin Ok..sekarang nie ramai yg nak dekat kahwin ataupun ramai yg ader plan nak kahwin.Sumer orang tahu lah persiapan untuk kahwin bukannyer mudah banyak persiapan yg perlu diadekan,ia memerlukan satu perancangan yg cukup teliti bagi dua dua blah pihak. Kekadang tu pasangan tak jadi kahwin pasal plan nak kahwin. Maknernyer diorang plan nak buat majlis abih tak boleh agree with each other then bergaduh and taklah jadi kahwin. So ader orang yg tak jadi kahwin pasal nak kahwin.Kalau kahwin mestilah nak buat majlis walimah...untuk mereka yg tak tahu, majlis walimah/majlis sambutan hari perkahwinan dimane sanak saudara sahabat handai jiran tetangga dijemput hadir makan bersamer. Pasangan sekarang lebih stress memikirkan majlis ini daripada memikirkan maser depan dan hala tujuan hidup bersamer selepas nikah.Ok berikut aderlah sedikit sebanyak panduan dan kos untuk persiapan majlis ini.Supaya menjadi pedoman untuk mereka yg ingin berkahwin dan yg ingin berkahwin lagi.

1. Kadi: At least 6 mths b4 the proposed nikah date mesti kena gi register kat jabatan, and bila korang gi register korang mistilah dah tahu as kahwin yg akan diberikan,tarikh dan tempat nikah.Lepas register orang bolehlah book kadhi.Sorang je book..jgn dua dua gi book plak.Kos kadi : $80 + +

2. Kursus rumahtangger: Kener pergi... .kalau tak pergi korang takleh amek sijil nikah. Tapi when u go and collect the sijil nikah at Jabatan they never ask for the sijil kursus (nie aku punyer experience lah)..whatever it is kan baik kalau korang pergi attend the kursus.Walaupun kiter dah terer dlm bab rumahtangger tapi ader baiknyer kalau kiter refresh balik aper yg telah kiter ketahui. Kos kursus : around $80 for the whole session (tengok tempat)

3. Book Mak Andam:
Mak Andam is one of the most important people dalam perkahwinan. Nak orang pompuan..pilih mak andam boleh makan tahun lamernyer. Of courselah,lelaki yang nak amek mak andam.At least six months kena book..later than that u might have a problem finding one.Kalau ader pun mak andam dari Kereta Ayer Chinese Dance Troupe.Kos : $1200 (tengok baju aper... kalau ader baju batman atau otromen mungkin mahal sikit)


4. Photographer: Selalunyer mak andam direkomen oleh photographer sekali.Kalau tak korang kenerlah carik sendiri.Sekarang orang melayu dah pandai..dah pandai amek studio, dah pandai amek outdoor. Gambar tak pakai baju je belom orang try.Kos : $800

5. Kompang / Hadrah
Unless korang nak pakai loktang takyah panggil kompang.Kalau nak panggil at least 3 mths notice. Kos : $300

6. Dekorasi blok dan pelamin Sekarang sudah canggih... kolong blok diorang transform jadi istana Taj Mahal .. kalau tak pun jadi macam lori cina mampos... .letak kacang sama kuaci suah original beb... .tinggal nak campak kerander je kat tengah-tengah. Macam macam design macam macam pattern. Kos1000

7. Tukang Masak and Khemah kosi meja Tukang masak mesti ader beb... kalau takder camner orang nak makan? Lainlah kalau korang buat majlis kat Mac Donald's.Kos : $7000 (tengok kepaler yg datang)

8. Kereta
Unless korang nak gi bertandang jalan kaki takyahlah sewa kereta. (*naik basikal bleh gaks.. ) Kalau nak sewa,sewalah yg special punyer... Merc ke?... Jag ke?.kira yg besau punyer kereter la. Janganlah plak badan korang besau abih sewa Kancil...sampai besok pun takleh masok! Kos: $300

9. Berkat Kira door gift lah.Yg biasa telur rebus orang kasi... tapi sekarang dah maju... diorang lagi kreatif... ader yg kasi tuala, sabun buku, cokelat, agar-agar,mangkok, gelas, surah Yasin, etc etc.> Kos : $3000++

10. Miscellaneous
Perkara perkara kecik orang selalu overlook..perkara kecik ginilah yg selalu membuat kocek kita tebakar. Bender bender seperti Bunger Pahar, Sireh Dara, Kek, Sabun, Rokok Rewang, Sewa kolong blok,Tuala rewang, pisau rewang, barang barang hantaran,cadar, kelambu, langsir, carpet, bill,lauk pauk pre and post majlis, plastik buat bungkusan,kad jemputan...Kos : $2500 ++

TOTAL ESTIMATED COST YG KORANG KENA KELUARKAN IALAH
: $17,000 plus minus
Belom termasok hantaran lagi beb...korang pandai pandailah plus sendiri. Dari itu saper saper yg dah nak berkahwin... SELAMAT PENGANTIN BARU!

Sunday, February 22, 2009

ketiak



Benarkah bau ketiak lelaki mampu menjadi penawar kepada gejala tekanan yang dialami oleh wanita?


Kenyataan ini dikeluarkan oleh Bahagian Biologi Manusia di University Pensyvania beberapa tahun lalu. Kajian dilakukan di sana membuktikan bahawa peluh lelaki membantu kaum wanita menurunkan tekanan, memberikan ketenangan dan melancarkan perjalanan haid.



Menurut laporan Jurnal Biology of Reproduction America sebelum ini, bau ketiak lelaki yang sengaja " diproses" daripada lelaki yang tidak memakai deodoran digunakan sebagai bahan ujikaji bagi mencari bukti bahawa hidung wanita boleh "digoda" dengan bau lawan sejenisnya.



Dalam uji kaji yang dilakukan, "wangian semulajadi" itu kemudian disapukan ke atas bibir puluhan wanita berumur 25 dan 45 tahun tanpa memberitahu ia adalah bau peluh lelaki dan hanya diberitahu bahawa mereka sedang menguji satu aroma wangian tersebut.


Enam jam pertama selepas itu, skala mood wanita yang di sapu wangian yang diperbuat daripada peluh ketiak lelaki tersebut diukur. Hasilnya sungguh unik. Selain boleh mencerahkan mood, wangian ketiak lelaki ternyata dapat membuatkan wan ita menjadi kurang tegang....


p/s:kepada lelaki2 sume,pasni try r wat kat awek korang..sure diorang mintak lagi nye..nk wat tdo..huahua..

Friday, February 20, 2009

lagu minggu ini

6IXTH SENSE
HIKAYAT CINTA

Takdir pertemukanku dengan dirimu
yang membuat aku jatuh cinta
malam gelisahkanku tentang bayangmu
yang hantui setiap mimpiku

takdir yang bisakanku
dengan dirimu saat ini

ketika kuterbuai dalam lumrah
takdir cinta di hatiku

aku mencintaimu merindukanmu
menginginkanmu
pasti takdir tak bisa
pertemukanku dengan dirimu


p/s:thanx to sum1 who gave me this song

Tuesday, February 17, 2009

Sai Baba - NAUDZUBILLAH MINDZALIK . .

Sai Baba - NAUDZUBILLAH MINDZALIK . .

Salah satu tanda akhir zaman yang akhir-akhir ini cukup menarik
perhatian adalah kehadiran seorang bernama Sai Baba, dia lahir dan
tinggal di Desa Nilayam Puthaparti, wilayah timur Khurasan, tepatnya
India Selatan.
Rasulullah saw bersabda kepada kami, Dajjal akan keluar dari
bumi ini dibagian timur bernama Khurasan (Jamiu at Tirmidzi).

Abu Hurairah meriwayatkan bahwa Nabi saw. bersabda:"Hari

Kiamat tidak akan datang hingga 30 Dajjal (pendusta) muncul, mereka semua berdusta tentang Allah dan Rasul-Nya. "

Mungkin Sai Baba ini adalah salah satu dari 30 dajal-dajal kecil yang akan membuka jalan bagi munculnya

Dajjal nantinya akan berperang dengan imam mahdi dan di bunuh oleh nabi Isa as.

wallahu al'am..





Lelaki ini memiliki kemampuan menghidupkan orang mati,
menyembuhkan orang lumpuh dan buta, bahkan mampu menurunkan hujan dan mengeluarkan tepung dari tangannya. Ia juga mampu berjalan melintasi belahan bumi dalam sekejap, menciptakan patung emas, merubah besi menjadi emas, dan banyak lagi berbagai fitnah yang ditunjukkan oleh Sai Baba kepada ribuan orang - bahkan - jutaan yang datang dari berbagai suku bangsa dan agama. Saat ini laki-laki ini sudah memiliki puluhan juta pengikut..

Maka sudah saatnya bagi setiap muslim untuk mengetahui masalah ini, agar dirinya tidak menjadi korban
berikutnya dari fitnah Sai Baba ini.

"Dajjal adalah seorang laki-laki yang gemuk, berkulit merah dan
berambut keriting..." (HR.Bukhari dan Muslim)
"Diawal kemunculannya, Dajjal berkata, Aku adalah nabi, padahal tidak
ada nabi setelahku. Kemudian ia memuji dirinya sambil berkata, Aku
adalah Rabb kalian, padahal kalian tidak dapat melihat Rabb kalian
sehingga kalian mati (HR.Ibnu Majah)

Antara DAJJAL dan SAI BABA

1) Dajjal seorang laki yang berpostur pendek, gempal, berambut kribo,
berkaki bengkok (agak pengkar). Sai Baba seorang yang berpostur
pendek dan berambut kribo.

2) Dajjal memiliki mata yang buta. Sai Baba pernah mengalami kebutaan
di waktu muda kemudian sembuh kembali.

3) Dajjal datang dan bersama ada gunung roti dan sungai air. Sai Baba
memiliki kemampuan mengeluarkan vibhuti (tepung suci) dari udara
melalui tangannya.

4) Dajjal memiliki kemampuan berpindah dari satu tempat ke tempat lain
dengan depat dan kecepatannya seperti hujan badai atau secepat awan
yang ditiup angin kencang. Sai Baba memiliki kemampuan berjalan
menjelajahi bumi dalam hitungan kejapan mata.

5) Dajjal mengikuti pengikut yang sangat banyak, bahkan di akhir zaman
nanti banyak manusia yang berangan-angan untuk berjumpa dengan Dajjal. Sai Baba memiliki pengikut yang jumlahnya puluhan juta manusia dari berbagai macam suku, bangsa, negara dan agama.

6) Dajjal akan muncul dengan mengaku sebagai orang bijak/ baik,
sehingga banyak sekali orang yang tertarik untuk mengikutinya. Sai
Baba mengaku sebagaii orang yang bijak yang membawa misi perdamaian, cinta kasih menghapuskan segala persengketaan dengan bijaksana..

7) Dajjal akan muncul dan sebagai nabi. Sai Baba memposisikan dirinya
sebagai nabi kepada pengikut2nya.

Dajjal akang menggunakan nama Al-Masih. Sai Baba mengaku akan
menjelma sebagai Isa Al-Masih setelah tahun 2020.

9) Dajjal akan mengaku sebagai Tuhan. Sai Baba mengaku bahwa dirinya adalah Tuhan penguasa alam semesta.

10) Dajjal akan mendakwahkan agama Allah. Dalam banyak majlis
darshanya Sai Baba banyak berbicara tentang Islam, Al-Qur'an dan
keharusan untuk memahaminya.

11) Dajjal mampu menghidupkan orang mati dan menyembuhkan orang sakit. Sai Baba memiliki kemampuan menghidupkan orang mati juga menyembuhkan penyakit kanser.

12) Dajjal dapat menurunkan hujan. Sai Baba memiliki kemampuan
menurunkan hujan dan mendatangkan air untuk pengairan (di NTT sedang dibangun projek Sai Baba untuk pengairan di daerah yang kering).

13) Dajjal bisa mengeluarkan perbendaharaan (perhiasan dan harta) dari
bangunan yang roboh, lalu perbendaharaan itu akan mengikuti ratunya.
Sai Baba mampu menciptakan patung emas, kalung emas, injil mini dan
berbagai bentuk medalai berlafaz ALLAH dalam sekejap.

14) Dajjal akan membunuh seseorang dan menghidupkannya kembali.. Sai Baba boleh menghidupkan orang yang sudah meninggal dunia.

15) Dajjal bisa berpindah raga dan tempat dari satu bentuk ke bentuk
lainnya. Sai Baba bisa berpindah dari satu jasad ke jasad lainnya
yang merupakan benruk reinkarnasi dirinya.

16) Dajjal bisa membesarkan tubuhnya. Sai Baba memiliki kemampuan
berjalan di udara dan membuat kemukjizatan pada sebuh pesawat terbang.

17) Dajjal biasa keluar masuk pasar dan makanan. Sai Baba juga manusia biasa yang makan dan minum sebagaimana manusia lainnya, ia juga bisa berjalan ke pasar, rumah sakit, proyek irigasi dan tempat lain yang biasa dikunjungi manusia.

1 Dajjal bisa memerintahkan bumi untuk mengeluarkan tumbuh2an dan
air. Sai baba boleh mengeluarkan air dengan hentakan kakinya.

19) Dajjal tidak memliki anak. Sai Baba mandul, ia tidak beranak dan
tidak berkeluarga (tidak menikah).

20) Dajjal memimpin orang yahudi. Sai Baba memiliki misi menyebarkan
teologi zionis.

21) Dajjal muncul di zaman pertikaian. Sai Baba mengaku bahawa ia
datang dari masa banyak pertikaian dan persengketaan, dan
kedatangannya untuk menegakkan kebenaran dan membinasakan kejahatan

Catatan Harian Isteri dan Suami

Rumitnya seorang isteri, dan simplenya seorang suami...


BUKU HARIAN ISTERI


Malam Minggu - Dia berkelakuan aneh. Sebelumnya kami berjanji bertemu di Cafe. Aku shopping seharian dg kawan-kawan, sehingga mungkin dia kesal karena aku agak lewat sampai di Cafe, tapi dia tak bercakap.

Dia tak bercakap langsung, jadi aku ajak dia pergi ketempat yang agak sunyi supaya kami dapat berbincang,

dia setuju tapi tetap diam membisu. Aku tanyakanapa yang salah - dia jawab, "Tak ada".

Aku tanyakan apakah kesalahan ku yang membuatnya kesal. Dia kata hal ini tak ada kaitannya dengan ku dan minta aku tak usah sibuk.

Dalam perjalanan pulang, ku katakan aku mencintainya, dia cuma tersenyum

tipis dan tetap membisu. Aku tak dapat menjelaskan perangainya petang itu. Aku tak habis-habis berfikir kenapa dia tak menjawab, "aku cinta kamu juga".

Sesampainya dirumah, aku merasa kehilangan dia, dan seolah-olah dia tak menghendaki ku lagi. Dia hanya duduk dan nonton depan TV; dia terlihat jauh dan menghilang.....

Akhirnya aku putuskan untuk tidur. Lebih kurang 10 minit kemudian, dia masuk ke kamar. Aku tak tahan lagi, kuputuskan untuk menghadapinya dan menanyakansoal sebenarnya, tapi dia langsung tertidur. Aku mulai menangis sampai tertidur. Aku tak tahu apa yang harus ku lakukan. Hidupku terasa bergoncang.....


BUKU HARIAN SUAMI

Hari ini REAL MADRID kalah. SIALLLLL!!!

Friday, February 13, 2009

minggu-minggu diseksa

  1. kalau minggu lepas aku sibuk dengan kelasnya,interview lecturer,assignment yang tak pernah aku paham bila aku wat,kelas waktu malam ngan pm zul(dekan kimia),dan macam2 lagi.
  2. start hari isnin ri2 aku da bajek,aku nak rilek sket mggu ni,xnak serabut2 cam mggu lepas,tapi xdapat gak.hari isnin lepas waktu kelas aku ngan kawan2 bertungkus lumus menyiapkan assignment unit operation 2,pagi selasa nak kena anta,malam 2 la baru nak siapkan,yang wat sendiri 2,3 soalan je,yang len copy saje..haha..tapi tym copy 2 fahamkan la jugak..nasib bek de kawan2 tolong.
  3. minggu ni sangat gila la untuk aku.dari isnin sampai jumaat ni,aku xterasa langsung masa tu berjalan,hari terus berganti.sememangnya minggu ini aku disibukkan dengan kerja sebagai seorang student u.
  4. pagi selasa nya,bile tengah semangat nak anta assignment,bleh plak lecturer kami,en zul kate hantar besok nya plak,time test..em,macam2 la plak..ok gak sebab tym2 aku xsiap pon lagi assignment 2.
  5. selasa pagi tu,trus pegi library kene cari buku rujukan untuk subjek english kitorang sem ni,cari bukunya kejap,lepak nye lame.ok jugak,lagipun xpernah lagi g library baru ump ni.besar beb,ruang pon lebih luas.bagus..pas2 kene dgr taklimat daripada staf kat c2,pasal cara nak access e-library la,nk cr maklumat pasal thesis la.yela,da subjek english(PROPOSAL WRITING) kitorang sem ni pon untuk fokus cara cmne nak wat thesis utk psm nnt.
  6. rabu plak,dengan malam b4 2 xcukup tdo,g klas grafik dengan penuh kesayuan..bukan sebab de orang mati,tapi mata ni sayu..petang 2 sepatutnya test unit op kol 4,tapi leh plak dpt call die nak wat kol 1.30.gile tol.baru bajet2 nak tdo,xdpat plak.seperti yang diramalkan,test petang 2 sgt susah.2soklan,leh jwab 1 je,aku engat aku sorang je.yang len pon same je.haha..
  7. petang 2,trus g men bola,nak lepas tension la konon,xjugak..da la men bola xabes2 kaki aku kene pakuk ngan dak2 ni,nak wat cmne..bola tetap bola,kalau xtahan sakit men bola bek maen snuker ke,men game kat umah..
  8. khamis,hari2 aku dihabeskan ngan melepak je kat umah..td tym tengahari sedar2 bibir de ulser,lidah de ulser,sangat panas tym2,2la gambang,tempat paling kering penah aku tinggal..sepanjang ari berpeluh sampai la malam.
  9. jumaat pagi da xgi klas,nak pegi cmne,dak2 umah aku sorang pon xpegi.mestila xsemangat aku nak g..da la sorang2 nt,aku ni kan pemalu..huahua..pas solat jumaat,trus balik nak studi PCI(process control and instrumentation),belek2 nota,spatah haram xpaham..nape la aku kene blaja subjek ni,nape la subjek ni die xwat jadi subjek elektif,kalo x cmfrm aku xkan amek nye..malam test,seperti biasa subjek ni terus menghantui hidup aku,dlam kuliah ke,tutorial ke,mahupun test..da macam hantu puaka niyang rapik plak..mane2 aku pegi mesti nak kaco..
  10. mggu depan de test lagi,OSH and Grafik..jangan la 2subjek ni pon nak jadi hantu jugak..harapan yang same,jangan serabut lagi mggu depan..

Thursday, February 12, 2009

-lagu minggu ini-

Iklim

Hakikat Sebuah Cinta

Aku adalah insan yang tak punya
Cuma rasa cinta membara
Lalu tercipta rinduku padanya
Kerana cinta bahagia

Pujangga menyatakan oh cinta berharga
Dari emas dan permata
Lalu ku bawa cinta di persada jiwa
Sinar menyuluh gelita

Sewaktu debar cintamu terasa melanda
Bangkit rinduku padamu di ketika itu
Lalu tersentak diriku sedari lamunan
Kini sebenarnya aku telah kau tinggalkan

Aku adalah insan yang tak punya
Kilauan emas permata
Lalu kucuba menaburi cinta
Bagimu tiada nilainya
Tiada harta dan cinta

Wednesday, February 11, 2009

There's only one Fergie (but Alex has seen 193 rival bosses in 23 years)


ONE Alex Ferguson, there’s only one Sir Alex Ferguson.

But in the 23 years since the Scot took over as Manchester United boss there have been no fewer than 193 managers at the 19 other clubs currently in the Premier League.

And that’s not counting all the caretakers left holding the reins from time to time.

While other clubs chop and change coaches at the drop of a point, their combined efforts in the silverware stakes barely surpass the groaning shelves of the Old Trafford trophy room since fiery Sir Alex’s arrival in 1986.

Phil Scolari at Chelsea is just the latest big name to be blown away in his slipstream.

Only Arsenal have shown anything like as much loyalty to managers as United since November 1986, and that has been reflected in the amount of silverware they have won.

Chelsea’s glory has been largely confined to a glut of trophies in the Mourinho years, while Liverpool’s European triumph cannot disguise their poor League showing.

Football’s big 4? No, just the Big 1 — the one Alex Ferguson.

Saturday, February 7, 2009

Kita terlebih berpolitik?

Senario politik Negara ketika ini tidak pernah dingin dan berhenti dari berdenyut serta bergolak. Selepas pilihan raya kecil di Terengganu kini di Perak pula dilanda kemelut. Meskipun mendapat reaksi yang pelbagai tetapi yang totalnya hanya dua pendapat. Yang pertama sudah tentu mereka dari pucuk pimpinan parti politik dan yang satu lagi adalah rakyat jelata.

Golongan pertama, memang sentiasa teruja kerana itu adalah kerjaya mereka. Malangnya, keghairahan tersebut tidak boleh lagi dikongsikan bersama golongan lain yang lebih ramai jumlahnya iaitu rakyat jelata. Mereka sudah mula merasa loya, mual, meluat dan hampir termuntah bila melihat bahawa agenda politik kini sudah melebihi segalanya.

Di kala orang lain sedang sibuk dengan persediaan dan langkah-langkah mengatasi epidemik kegawatan ekonomi global, kita macam masih tidak sedar diri dan leka kepada agenda politik yang sudah memasuki tahap 'terlampau'.

Ini bukan bahan jenaka atau untuk tujuan gurau senda tapi lihat sahaja kenyataan semua pihak baik pembangkang atau parti pemerintah di mana arah tuju mereka? Semuanya ke arah memperlekehkan antara satu sama lain. Memang nampak benar kedangkalan ilmu dan tahap kesedaran mereka terhadap impak global dan krisis yang bakal menggulung kemewahan yang sedang kita kecapi kini amat dangkal atau zero.

Pernahkah ada pemimpin-pemimpin politik kita ini menghuraikan dengan panjang lebar perihal kegawatan ekonomi ketika ini. Apakah bezanya dengan krisis tahun 1990-an. Buat perbandingan antara keduanya, jelaskan tindakan kerajaan untuk jangka pendek dan panjang. Berikan panduan dan sediakan saluran kemudahan bagi menyediakan fizikal dan mental rakyat dalam berhadapan dengan masalah kegawatan ini.

Adakah sesiapa di atas sana sudah membentangkan pelan subsidi makanan, simpanan waktu harurat, strategi mengekang masalah pengangguran secara lebih berkesan malah mengatur langkah nasional bagi mengatasi tindakan undang-undang yang bakal di hadapi oleh pelbagai golongan dari institusi kredit dan perbankan bilamana bayaran pinjaman tidak mampu dilunaskan?

Mampukah institusi GLC seperti Syarikat Perumahan Negara menyediakan kemudahan sekiranya banyak rumah rakyat bakal dilelong akibat pinjaman tidak berbayar. Bolehkah kemudahan asas terus dikekalkan bila mana sumber tenaga dan air tidak mampu dibayar rakyat yang tercebut dalam kemelut dibuang kerja?

Jangan terperanjat bila kita tinjau betapa di Jepun sebuah negara yang pernah kita jadikan kiblat dan idola mengenai industri rupanya sudah ramai merempat sehingga ke satu tahap tidur ditepi jalan. Sebahagian hingga terpaksa mengutip sisa makanan bagi mengisi perut kerana sudah muflis dan tidak ada sumber pendapatan.

Apakah ahli politik negara ini berfikir secara satu hala sahaja dan tidak langsung cuba melihat para pengundi yang menaikkan mereka juga ada keperluan dan agenda untuk diri dan keluarga sendiri. Pikirkan apa akan berlaku apabila tangan yang mengundi itu tidak lagi mampu mengangkat pena untuk memangkah anda. Takkanlah baru pada ketika itu baru anda sedar dari lena dan dengan mata besar seperti bola terbeliak terjegil pun sudah tidak lagi berguna.

Apa yang diperkatakan di atas bukan satu tohmahan, dakyah mahupun provokasi tetapi itulah justifikasi yang dilihat melalui kacamata rakyat ketika ini. Tanyalah mereka dengan ikhlas dan jangan gunakan saluran politik dan mentor-mentee, tentu inilah jawapan yang bakal diterima. Kerana sudah setahun berlalu, suasana politiking masih belum reda malah kadangkala baranya bertukar menyala marak dan sudah mula membakar bencana. Aksi demonstrasi sudah kelihatan, tidakkah kita terfikir satu hari nanti ia akan menjadi agenda harian dan orang akan lupa kepada kehidupan seharian hanya kerana taksubnya berpolitik.

Selepas ini akan ada pula pemilihan dalam Perhimpunan Agung UMNO. Keadaan ini nampaknya tidak akan reda, malah ia sudah menjadi acara dan agenda utama. Kedai kopi, masjid, kuil dan apa sahaja landasan akan dioptimakan penggunaannya bagi mencari kemenangan untuk menumpaskan lawan dan meraih kerusi idaman. Tapi rakyat dapat apa ya?

Apakah yang di atas sana tidak tahu, tidak sedar atau pura-pura terkawal sedangkan sistem perbankan global sudah runtuh. Ada negara yang sudah bankrap dan ada matawang yang sudah tidak laku dan telah ditarik dari pasaran. Ada pula yang terpaksa mencetak matawang dengan nilai yang lebih besar hingga sekeping dengan nilai jutaan sebab daya beli sudah merudum ke tahap ribuan kali ganda. Tidak terdengar satu perbincangan yang bersungguh mencari solusi membendung arus ganas berkenaan dari menggulung kita. Apakah hebat benar kuasa ekonomi negara ini berbanding gergasi kewangan negara maju?

Kasihan rakyat yang separuh terlena bila dibuai dengan lunak bahasa mengatakan bahawa 'fundamental kita amat kukuh'. Kita tidak akan menerima tempias kegawatan ekonomi global kerana sudah melaksanakan Pelan dan Pakej Rangsangan Ekonomi bernilai RM10 bilion. Kini kita mulakan pula plan ke dua dan semuanya boleh dengan mudah diatasi. Itulah retorik yang sedang dilaungkan.

Sedangkan statistik di Jabatan Buruh dan Tenaga mencatitkan sebaliknya. Hinggakan di Melaka sahaja seminggu kilang sudah memberhentikan sehingga 2,000 pekerja. Nasiblah ada sebuah pasaraya yang perihatin menyerap sebahagian besar dari mereka atas faktor kemanusiaan. Apakah ini bukan fakta sebenar dan boleh kita nafikan?

Semua kena sedar, bahawa meletak masalah besar ke dalam tong sampah bukan satu tindakan bijak. Persediaan dan persiapan mestilah besar dan serius dan bukan sambil lewa. Semua pakar ekonomi dunia sudah memerah otak dan memikirkan cara, Amerika dan England sendiri sudah begitu parah, saban hari nilai harta dan kemampuan bertahan makin goyah. Apakah itu juga bukan satu indikator dan petanda bahawa ia tidak semudah melontar kata-kata dan dusta.

Jangan beri gambaran palsu, jangan dijanjikan bulan bintang dan matahari tapi nyatakan kebenaran, berikan komitmen untuk sama berganding bahu menghadapi apa sahaja yang bakal tiba. Lupakanlah aktiviti politik kerana terlebih dan terlampau tentunya mendatangkan mudarat. Lihat sahaja negara Thailand, Indonesia dan India dan Sri Langka yang masih tidak pulih dan gagal mendapat sokongan rakyat yang sudah seperti dirasuk hingga tidak lagi hirau apa sahaja selain gila berpolitik dan berdemonstrasi. Apakah kita juga mahu tercebur dalam kancah yang serupa?

Agak menghairankan, bila para teknokrat dan birokrat malah ulama juga mengambil sikap berdiam diri bilamana melihat keterlampauan ahli politik kita dewasa ini. Sepatutnya yang di panggil ulamak dan umarak ini menegur, menasihat dan mengingatkan supaya destinasi serta fokus kita boleh dikemudikan ke arah yang betul dan tidak melencong hingga sesat dari tujuan asal berpolitik itu.

Kita perlu kembali ke pangkal jalan sekiranya sudah tersesat atau tersasul. Apa yang penting adalah kesedaran diri. Para pemimpin dan ahli politik tanpa mengira parti, bangsa dan agama serta fahaman, mari kita berjabat tangan, kita berpelukkan dan kita tamatkan sahaja segala kekecohan yang tidak berfaedah ini. Ada perkara lebih besar yang kita perlu tangani. Kehebatan, ketokohan, daya fikir dan daya juang anda semua diperlukan dalam satu wadah perjuangan untuk kesejahteraan negara dan kebajikan rakyat negara ini.

Jangan kita asyik lompat melompat, rampas merampas, tohmah menohmah sahaja. Kerana apa yang anda semua lakukan mampu ditafsirkan oleh rakyat. Mereka semua tidak buta, tidak pekak dan tidak bisu. Semua mereka berakal, mempunyai pendidikan serta mampu memberikan penilaian buruk dan baik. Itu kelak akan diterjemahkan dalam PRU 13 yang akan datang. Ingat angka 13 itu bukan satu angka yang disukai oleh kebanyakkan budaya. Jangan jadikan angka berkenaan sebagai tragedi.

Mari kita buka buku baru, pembangkang dan pemerintah saling berganding bahu memberikan perkhidmatan terbaik setimpal dan seimbang dengan mandat dan kepercayaan yang sudah diberikan rakyat kepada mereka. Ada ubi ada batas, ada budi boleh dibalas. Jangan menjadi seperti kacang lupakan kulit dan kera mendapat bunga. Dengan kata mudah anak muda kita 'sendiri mau ingat la'.

Thursday, February 5, 2009

MENGATA DULANG PAKU SERPIH

MASIHKAH kita ingat sebaik sahaja berakhirnya Pilihan Raya Umum Ke-12 pada 8 Mac tahun lalu, arena politik negara berada dalam keadaan tidak stabil apabila Barisan Nasional (BN) yang tidak mendapat majoriti dua pertiga di Parlimen 'telah diancam' akan tumbang.

Segalanya kerana karenah Datuk Seri Anwar Ibrahim yang meletakkan sasaran untuk memastikan kerajaan BN tinggal sejarah pada tanggal 16 September 2008. Ketika itu Anwar dengan penuh angkuh menyatakan bahawa ramai Ahli Parlimen BN akan menyertai pembangkang atau dalam istilah politiknya melompat parti.

Walaupun ketika itu usaha Anwar dianggap tidak demokratik tetapi beliau tidak mempedulikannya malah pilihan raya kecil di Permatang Pauh pada Ogos 2008 dijadikan medan untuk 'menggemparkan' lagi negara dengan slogan 'dari Permatang Pauh ke Putrajaya'.

Tetapi akhirnya impian hanya tinggal impian. Tanggal 16 September berlalu begitu sahaja dan BN terus memerintah. Namun malangnya apabila BN kembali menguasai Perak berikutan langkah tiga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dari PKR dan DAP mengisytiharkan keluar parti dan diikuti oleh ADUN Bota, Datuk Nasaruddin Hashim yang kembali kepada UMNO selepas 10 hari menyertai PKR, pembangkang menganggap apa yang berlaku adalah tidak demokratik.

Mereka mengecam BN dan UMNO habis-habisan seolah-olah apa yang mereka hendak lakukan pada 16 September lalu adalah sesuatu yang dihalalkan dalam amalan demokrasi. Bagi pembangkang, BN tidak berhak memerintah Perak dan kuasa penentu harus dikembalikan kepada rakyat.

Persoalannya, ketika Anwar bercakap soal menubuhkan kerajaan pada 16 September, apakah ketika itu pembangkang berfikir soal demokrasi dan hak rakyat? Tidakkah mereka sama-sama begitu beria-ia menantikan detik yang dijanjikan oleh Anwar tersebut?

Bagaimana pula dengan langkah mereka baru-baru ini yang menganggap tindakan Nasaruddin meninggalkan BN untuk menyertai PKR sebagai satu langkah bijak? Kenapakah Anwar yang mengadakan sidang akhbar bersama-sama Nasaruddin tidak menyebut pula soal tidak demokratik?

Justeru kita juga berhak bertanya, seandainya pakatan pembangkang berada dalam kedudukan BN seperti di Perak, apakah mereka akan mengambil jalan tengah meminta dibubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN)? Malah kita juga ingin bertanya, kalau DUN dibubarkan dan BN memenangi pilihan raya negeri yang diadakan mahukah pembangkang berjiwa besar untuk mengiktirafnya, apa jaminan bahawa pembangkang tidak akan berkata ia pilihan raya 'paling jijik' pernah diadakan?

Pembangkang tidak harus mengamalkan sikap 'kalau mereka buat tidak apa, kalau orang lain buat salah'. Inilah mungkin yang boleh dikatakan sebagai mengata dulang paku serpih, mengata orang awak yang lebih.

Oleh itu, tidak perlu pembangkang berusaha untuk menunjukkan merekalah paling demokratik sedangkan selama ini tindakan mereka menunjukkan sebaliknya. Pembangkang terutama Anwar harus memahami bahawa walaupun BN memperoleh semula kuasa di Perak melalui sokongan ADUN Bebas namun segalanya dilakukan mengikut prosedur dan undang-undang.

Apa yang paling penting, langkah BN mendapat perkenan Sultan Perak yang sudah pastinya mengkaji pelbagai aspek sebelum membenarkan parti itu kembali berkuasa. Berikutan keadaan itu, pembangkang harus belajar menerima hakikat politik.

Tidak usahlah cuba meracuni rakyat dengan menggalakkan mereka untuk mengadakan demonstrasi yang sudah pasti tidak akan mewujudkan kestabilan politik.

Segala yang berlaku bukan salah BN, ketiga-tiga ADUN berkenaan keluar parti kerana merasakan PKR dan DAP sudah tidak sehaluan lagi dengan mereka, BN tidak ada masa hendak memporak-perandakan pentadbiran kerajaan negeri di Perak sebelum ini.

Sebenarnya, apa yang berlaku di Perak adalah kesilapan pakatan pembangkang sendiri, selepas pilihan raya umum mereka tidak menumpukan perhatian kepada usaha memperkukuhkan kedudukan sebaliknya terus teruja dengan 'impian 16 September' Anwar. Akhirnya mereka bergembira di Permatang, bersorak di Kuala Terengganu tetapi tergadai satu negeri di Perak.

Apa pun tafsirannya, keputusan muktamad sudah dibuat. BN akan menubuhkan kerajaan negeri maka hormatilah keadaan itu. Kalau benar pembangkang begitu yakin bahawa rakyat Perak masih menyebelahi mereka maka bersabarlah sehingga Pilihan Raya Umum Ke-13. Jangan kucar-kacirkan lagi kehidupan rakyat.

Voltar Avançar Inicio
 
','top','0px','left','0px','123456','150','150','transparent','ffffff');