Friday, February 27, 2009

NAK KAWEN???-part 2-


Untuk mereka yang bakal-bakal. ..yang dah lepas tu,mungkin nak tahu jugak sebab musababnyer. ..Zaman sekarang ni kan; hantaran makin naik harga.Maklumlah; kata dorang ikut market price. Kalau harga mas naik;naik lagi harga bakal2 bini. Tak ikut market price nanti orang kata kedekut lah; sengkek lah; tak mampu jangan ada hati nak kahwin lah; hai...macam- macam story lagi.Biasanya yang letak harga mak sebelah pompuan. Bapak selalu ikutkan aje;ni semua kerja orang pompuan. Kadang2 ada jugak pompan sendiri yang letak harga; lepas tu pakat dengan mak. Mengikut survey; sekarang paling minimum $6000.Hantaran $5000; $4000 masih ada jugak; tapi dah boleh kira pakai jari tangan je. Yang ada hantaran kira okaylah; tapi ada serba satunya lagi. Cuma serba-serbi dan serba boleh je belum ada lagi.



Kat sini aku ada beberapa sebab kenapa sekarang hantaran makin mahal. Hah... korang bacalah :- Sebab



1. Anak pompuan sorang.

2. Anak pompuan sekolah tinggi 20 tingkat.

3. Anak pompuan paling jambu dalam family.

4. Anak pompuan kerja high post.

5. Anak pompuan biasa pakai barang branded.

6. Anak pompuan yang tastenya ... berkajang-kajang kalau disenaraikan.

7. Kakak belum kahwin; jadi kena kasi double untuk belanja kakaknya
sekaligus.

8. Anak pompuan yang rasa dirinya ... . lengkap segala-gala.

9. Bapak pompuan towkay kayu balak; mak pulak bekas eksekutif.

10. Anak pompan tu pun jenis ek ... semacam jer.



Selalunya jawapan yang diberi oleh pihak lelaki kalau hantaran melampau sangat (ni dorang bebual antara family lelaki je ):-



1. "Eh! Nak meniaga anak ke pe?" Kadang tu mak bapak ok jer sianak lak lebih-lebih.


2. "Kalau pandai masak ke jahit ke; satu hal jugak. Ni asik pandai mekap je."


3. "Camni bilang dorang simpan anak tu dalam store buat perhiasan."


4. "Kalau lawa macam Karishma Kapoor tu takpe jugak. Ni idung pesek cam kena lenyek je".


5. "Apa dorang ingat kita sedara Bill Gates ke?"


6. "Lupakan sudah budak pompan tu. Nanti mak carik kan yang lebih power dari Catherine Zeta-Jones.

Kata2 dari sebelah pompan yang lelaki ingin sangat nak dengar :-

1. "Ikut suka hatilah. Berapa yang lelaki kasi; kita ambik je. Member
tak cerewet."

2. "Takpelah. Kalau tak boleh adakan sekarang; kahwin dulu. Lepas tu
bayar pelan-pelan cara instalment."

3. "Jangan bimbang. Korang cuma adakan hantaran je. Duit majlis semua
kita sponsor."

4. "Pasal sekarang ni musim great sale sana sini; jadikita ada staff discount. Korang cuma kasi 10% je."

5. "Berapa korang nak kasi, kasilah. Nak ambik free pun takpe. Anak
pompan kita ramai lagi."

6. "Apakata kalau korang ambik kakaknya sekali. Tapi hantaran tetap
sama. Kira 2 for the price of 1 ler. Risaulah kakaknya tak kahwin-kahwin. "


Kalau kena pulak family lelaki yang loaded makan tak abis punya;jawapannya:

1. "Okay setuju. Kita up lagi $10,000. Nothing much ler."

2. "Ehh sikit nah! Camni tak nak lah. Tak sama standard dengan kita
punya expectation ler."

3. "Ni hantaran kira Rupiah ke Sing dollars? Kita cuma simpan American
dollars je."

4. "Kita tak kasi pakai cash ler. Korang pilih nak AMEX ke; Diners ke;
boleh kata semua credit card kita ada lah."

5. "Sebagai hadiah upacara masuk minang ni;kita ada siapkan kereta
Lambhorgini. Tu anak bujang kita tengah parking kat bawah tu."

6. "Ni korang mintak hantaran ke; mintak duit nak belikan dia baju tidur. Murah nah?"




Haa..tu lah beberapa kerenah orang melayu kita ni.Jadi untuk pasangan2 yang nak kawin tu; bincang betul2 antara korang dengan family dalam hal ni.Mak pompuan tu pun kalau nak letak harga; berrpatutanlah dengan kemampuan pihak lelaki. Kalau tak berdengek lelaki tu nak adakan hantaran mahal2.Hati dah suka punya pasal;semua boleh aje. Cukup time badan cengkung-cengkung tak larat nak naik pelamin pasal kerja tiga empat macam untuk kumpul duit.


.-.-.-.-.-.-.-.-.-.-.-.-.-.-.-.-.-.-.-.-.-.-.-.-.-.-.-.-.-.-.-.-.-.-.-.-.-.-.-.-.-.-.-.-.-.

4 comments:

ziera said...

en gadafi, cepat2 la kawen..~

tetsuko87 said...

a ah..betul 2..cepat2 la kawen..katak puru tembam tgh tggu nk jd princess ni..huhu..ade ke kesah cmtu eh..aiyakk!!

Sharing is caring. said...

salam..

adeyh.. bab idong penyek tuh terase, parah dah luka di liver nih.. adui la..

tu la, Rasulullah s.a.w dah bersabda 'paling baek adalah gadis yg paling rendah nilai hantarannye'. eh hantaran ke maharnye? xsure.. astaghfirullah.. kalo jmpe yg sahih, hbq na..

blackishitam said...

btol3..aku sokong ko cakap nih..
bagi aku la kan..
org pompuan ni..kalu nak mintok hantarn pon..beragak la cket..
kalu future husband tu..
buroh kasor wat bangunan skolah kat kampong..tok sah la mintok nak sanding kat palace of the golden horses or hantarn bepuluh riban....
KECUALI..future husband tu..CEO company yang gedabak..namenyer da kenal seantero dunie..
baru la ok cket kalu nak demand pon..
hurmm..tapi tepulang la kat individu tu...yg penting..
nnt..kite akan ade anak...n time tu..
baru la kite rase cam ne bile..
org letak hantaran mahal2...menganga le kite...

Voltar Avançar Inicio
 
','top','0px','left','0px','123456','150','150','transparent','ffffff');